Friday, October 27, 2017

Cuti-Cuti Perth - Mukadimah

Lama rasanya aku sekeluarga tak pergi melancong ke luar negeri. Kali terakhir adalah Krabi tahun 2014. Pergi umrah awal tahun ni tak bolehlah nak dikira sebagai melancong, walaupun Arab Saudi tu kira obesi la jugak. Kurang manis la....hehhehehe. 

Bila dah lama tak pi mana ni, teringin rasa hati ni nak bersantai santai melawat dan makan angin serta menikmati suasana di negara orang. Maka destinasi kali ini adalah Perth, Australia.

Mengapa Perth? Kerana Perth adalah antara negeri orang putih yang terdekat. 5 jam perjalanan sahaja dah dapat merasa suasana negeri mat saleh. Perth travel ni kira pelengkap semua destinasi utama di Australia yang pernah aku pergi sebelum ni iaitu Melbourne, Gold Coast dan Sydney. 

Ada jugak kemusykilan bila nak plan trip macam ni iaitu nak matching cuti anak- anak aku ni, yang semestinya tidak sama antara IPTA dan sekolah menengah. Satu satunya tarikh yang paling sesuai tahun ni dengan mengambil kira musim di Perth hanyalah semasa cuti umum sempena Deepavali. Itupun cuma dapat seminggu sahaja sedangkan attraction di Perth memerlukan tempoh masa yang lebih lama.

Biasanya kami cuma bercuti berempat. Nampaknya untuk trip kali ini, ada yang berminat nak ikut sekali iaitu kakak ipar dan suaminya serta ibu mertua aku. Self sponsorlah semestinya.

Bab itinerary pulak, sebenarnya itinerary travel Perth ni agak menyeramkan aku.....hahahaa. Maklumlah nak cover banyak tempat hanya dalam masa 7 hari. Itupun dah banyak attraction yang dah aku skip. Nampaknya Perth and West Australia ni terlalu banyak attraction, kalau semua nak pergi entah berapa hari baru cukup.  Alang-alang dah amik motorhome kenalah pergi jauh sikit baru berbaloi.

Anyway belum cuba belum tahu. Dalam masa yang sama aku nak berterimakasih pada seorang sahabat masa Matrikulasi UKM ni iaitu Dr Yahya yang baru beberapa bulan lepas ke Perth. Blognya : casanayafana.blogspot.my  banyak membantu sebagai rujukan kembara Perth ini.

Intro 

Pinnacles Desert



Moore River
Golden Groove Orchard

Sharp Point Albany

The Gap

National Bridge

Green pool

Canal Rock Yallingup

Busselton Jetty


 Fremantle



Kings Park

2 comments:

casa nayafana said...

Alhamdulillah...Best Amran.....banyak gambar cantik cantik....
Masa hang pi Perth aku dan family pi dekat Bandung jer hehehe......Mengimbau kenangan....

am said...

Alhamdulillah. rasa nak ulang lagi Yahya. Hang punya tips banyak bantu aku.