Saturday, April 28, 2018

Korea Trip - Jeju : Day 1

13 & 14 April 2018

Manjung - Pantai Remis - Penang - KLIA 2 - Jeju Airport - Seongsan Ilchulbong

Aku bertolak dari Pantai Remis dalam jam 9 pagi begitu. Ambik Nabila kat Penang dulu sebelum bertolak ke Hentian Salak Tinggi. Perjalanan lancar aje pada mulanya. Sekali masuk aje highway Damansara-KLIA tetiba aje slow macam kura-kura. 

Lama pulak tu traffic jam ni. Ikut highway digital board ada kemalangan yang menutup lorong kanan. Lainnya perasaan orang yang tinggal kat tempat bebas traffic jam macam aku kat Manjung ni....sabo ajelah. Letih ada dan lapar pun ye.

Terpaksa aku susur keluar ikut jalan Dengkil. Sama aje, jam jugak😭. Lepas aje dari traffic jam terus kami singgah di satu restoran ala Thai. Aku order siakap 3 rasa, tomyam campur, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan telur dadar. Wow.....sedapnya makanan kat restoran ni. Apa lagi...balun cukup-cukup.

Lepas parking kereta kat level 2 Hentian Salak Tinggi, kami semua menaiki ERL dan turun di KLIA 2. Terus menapak ke Tune Hotel ikut laluan khas yang disediakan. Sepatutnya check in awal, traffic jam punya pasal, lambat jadinya. 

Tune hotel ni boleh tahan jugak keadaan biliknya. Memang selesa untuk standby sebelum flight pagi-pagi. 


Bilik di Tune Hotel...single bed yang agak besar..muat-muat la aku anak beranak. Tune Hotel ni takde family room.

Flight KL-Jeju dijadualkan pukul 6.50 pagi. Entah apa hikmahnya flight Air Asia ni awal-awal pagi entahlah. Tak boleh nak complain banyak sebab tambang murah la katakan. Jadi dalam pukul 5 pagi kami segera check out dari hotel menuju ke departure KLIA 2. Lebih lancar dari selalu maklumlah sudah berada di area yang sama.

Semua orang solat Subuh di surau dekat departure hall. Sampai masa flight pun departure menuju Jeju.  

Sarapan dalam flight...menu tambahan maggi

Flight selamat mendarat di Jeju Airport pukul 1.50 waktu tempatan. Waktu di Korea lewat sejam dari Malaysia. Suasana agak dingin, bercakap pun keluar asap. Lepas dapat luggage semua, kami terus menuju ke shuttle Avis yang tersedia di seberang jalan arrival hall yang kemudiannya membawa kami ke AVIS office.

Selain dari Avis, banyak lagi company kereta sewa yang lain contohnya KT Kumho dan lain lain. Tapi aku dah biasa dengan Avis ni...booking dia mudah takde kena register bagai dan fully covered insurance beserta GPS sudah termasuk dalam pakej. Harga RM598 dari waktu sampai tu sehingga 7pm esoknya. 

Tunjuk international driving license, sign dan bayar apa yang patut, maka kami pun dapat kereta. Alhamdulillah besar dan selesa kereta ni. Bawak pun seronok.

AJ=Avis Jeju... orang Jeju ni aku sebut Avis depa taktau, sebut AJ baru depa tau

KIA Auto.....Kiri pun kirilah labu...belasah ajelah

Cuak jugak aku pada mulanya drive terbalik macam ni 😒😒... seketika kemudian dapatlah aku menyesuaikan diri. 

Apartment yang aku tempah ni cuma bagi no HP, jadi tak boleh nak set GPS dia ikut no phone premis macam kebiasaan kat Jeju ni. Jadi terpaksa aku mintak staff dia set Seongsan Ilchulbong... lepas tu pandai-pandai lah cari Apartment Seongsan Love Pension ni sendiri.

Suasana mendung dan ada hujan renyai-renyai ketika ini menjadikan suasana macam nak malam aje, risau aku susah nak cari apartment tersebut maka terpaksa aku skip plan asal nak singgah di Hamdeok Beach dan Woljeongri Beach yang katanya cantik itu.

Singgah 7E  beli nasi segera dan susu perisa pisang 

 Nasi segera ni panaskan guna microwave kat 7E yang sama


Ada macam-macam bunga yang sungguh menarik di jalanan

Dekat nak sampai Seongsan tetiba terjumpa sebuah ladang canola. Terus aku berenti singgah. Teruja sekejap... maklumlah last tengok canola dulu masa kat Durham UK 2012. Selain aku ada sebuah kereta pun berenti jugak kat sini...cina rasanya. 

Sejuk kat sini lagi-lagi bila angin bertiup kencang... anyway 14 April ni birthday anak aku Arif...dulu sekali kat Lorient France, ni kat Jeju pulak... kesian dia takde makanan spesel nak jamu. Serunding hade la😐😐😐
생신을 μΆ•ν•˜λ“œλ¦½λ‹ˆλ‹€! saengsineul chukadeurimnida to Arif Haikal



Sambung lagi perjalanan. Pusing punya pusing akhirnya kami jumpa jugak apartment ini. Sebab pernah tengok bangunan ni dalam internet. Lagi satu ada orang bagi clue dalam booking.com yang apartment ni terletak di bahagian atas restoran L'aube. 

Bilik yang menarik, serba lengkap dengan dapur dan peralatan memasak. Tuan punya dia pun sangat membantu. Memang bestlah apartment ni bagi kami.

Lega dapat berehat-rehat setelah mengharungi perjalanan yang panjang. Menu malam ini nasi segera yang dibeli tadi beserta serunding ayam  dan sambal belacan udang kering... homemade dari Malaysia. Tak payah masak apa dah malam ni. Bancuh air jelah. Tadi dah makan sikit-sikit dalam kereta sebab lapar. Ni makan banyak-banyak pulak😁😁

Suasana bilik keluarga di tingkat 4.....sewa RM310 semalam. Ada lift.



Ada loteng di tingkat atas yang luas. Heater kat sini beza dengan mat saleh sebab dia guna heating bawah lantai... tak lah sejuk kaki dan bilik pun rasa nyaman

Boleh nampak Seongsan Ilchulbong dari tingkap

Lepas selesai makan,  mandi semua, depa ajak pergi ke satu supermarket dekat aje dengan apartment. Suasana baru tempat orang, sempatlah kami beli sedikit ikan, udang dan kimchi sebab depa nak mencuba dan merasa makanan Korea yang pertama.

Nampaknya jeruk kobis kimchi ni tak berapa sesuai dengan selera aku... depa pun biasa biasa je


Tidurlah kami sekeluarga di tempat yang selesa ini sementara menantikan hari esok yang dijangka penuh kesibukan.

No comments: