Friday, September 15, 2017

Cameron Highland 2017


Sempena Aidilfitri 2017, kami ke Cameron Highland lagi, maklumlah cuti pun panjang. Jom cari tempat sejuk dan nyaman. 

DAY 1

Untuk trip yang ke sekian kali ini, aku pilih menginap di Apartment Jarzmin Tanah Rata. Ratenya RM220 semalam. Idea asal nak tinggal dua malam saja, tapi atas permintaan ramai, maka disambung lagi satu malam. Apartment ni dekat aje dengan Hotel Cool point yang dah beberapa kali aku menginap sebelum ni.

Apartment dua bilik end lot ni boleh tahan, agak lengkap dengan kemudahan seperti dapur, peralatan memasak dan lain lain. Kedudukannya memang strategik, tepi jalan besar dan kedai runcit pun kat bawah aje. Cuma yang tak bestnya kena panjat tangga sampai 2nd floor sepanjang di sini.

Sebelum sampai sini tadi aku singgah beli sedikit bahan mentah untuk beberapa hari nak makan. 

Lepas je masuk apartment aku tak ke mana mana dah...melepak sambil tengok drama korea Defendent. Maklumlah banyak masa. Best cerita ni. 

Tak banyak aktiviti yang dibuat, hampir semua tempat pernah dikunjungi sebelum ni, jadi kami lebih banyak bersantai-santai dalam kedinginan. Ini ajelah tempat yang aku pegi selama 4 hari kat sini.

Ladang Teh Boh Ringlet
Taman Sedia
Red Strawberry Farm
Steamboat Snack Corner
Sekitar Tanah Rata

Apapun Cameron tetap menyeronokan dan mendamaikan jiwa.

Awal awal lagi depa dah ajak singgah beli strawberry

View dari dapur

Ruang tamu



Dapur yang simple 

DAY 2


Bangun pagi dengan suasana aircond free anugerah alam memang best laa. Ni kira pergi oversea versi jimatlah. Pagi-pagi depa ajak pergi jogging dan jalan-jalan kat taman menyusuri sungai. Jom !!

Sarapan. Mood raya punya pasal, lemang segera dan masak merah ayam jadi pilihan. Ditambah lagi dengan ubi purple yang segar dibeli di gerai berhampiran Kea Farm semalam



Spa kepala... hehe. Lama sungguh  anak anak aku tak spa aku. Dulu masa depa kecik-kecik kerap kena spa. Siap ada pekej depa tulis kat kertas dengan pilihan spa muka, kepala, kaki dan lain-lain...bestnya masa tu rasa



Abis jogging pegi Masjid Tanah Rata....nun di atas bukit sana. Cantik aje masjid ni dengan bunga bungaan


Pegi ke Taman Sedia pulak sekejap....kebanyakan gerai tutup...masih cuti raya letu  

Manisnya aiskrim ni haishhh

Makan tengahari kat Marrybrown

Sebelah petangnya aku ke Ladang Teh Boh di Ringlet. Santai santai sini dulu sebelum pergi makan steamboat.









Menikmati steambot di dalam kedinginan di Steamboat Snack Corner. Memang terbaik. Total makan kat sini RM92. Kat sebelah Cool Point hotel pun ada steambot jugak. Agak menarik tempatnya, ratenya RM35/pax dan boleh tambah sesuka hati

DAY 3


Depa berdua ni bagi cadangan apa kata kita pindah sini. Aku kata, ehhh ada ke Shipyard kat Cameron ni. Nak kena kerja pungut teh lah nampaknya....tapi aku tak berapa sado macam pekerja bangla kat sini... acaner tu.

Pagi ni lepas jogging cadang nak makan nasi lemak kat gerai depan tu. Alamak penuh orang nampaknya sampai ada yang kena berdiri tunggu orang habis makan. Sayu nampaknya kalau macam ni. Tak sanggup teman.

Pusing sana pusing sini akhirnya terjumpa gerai roti canai kat Pasar Tanah Rata. Belilah beberapa keping balik makan kat bilik.

Pekan Tanah Rata


Petang tu keluar ke Big Red Strawberry. Dalam perjalanan jumpa sign ni.

Dulu datang belum ada "I love Cameron" ni








Makan malam

DAY 4


Sentiasa je rasa tak puas bila bercuti ni dahhh nak kena balik. Dengan berat hati aku pun bertolak pulang ke Manjung. Sebelum  tu perkara wajib, singgah beli sayur-sayuran, teh dan buah limau sedap dan manis. Rugi pulak tak beli banyak.

Macam biasa laluan nak balik mesti jam. Confirmlah  traffic jam tu sebab Kea Farm punya pasal. Entah bilalah PBT Cameron nak selesaikan masalah ni. Parking pun tak siap siap. Ubahlah pasar sayuran tu ke dalam sikit ke, atau divert jalan tu arah lain. 

Good bye Cameron, our favourite place. Ada umur sampai lagi. InsyaaAllah.

Jalan kaki ke taman dan lepak lepak dulu sebelum check out


Perpustakaan awam atas bukit


Sedikit sayur dan topup bekalan teh...kali ni banyak beli ubi purple. Balik rebus aje cicah dengan kelapa dan buat cucur badak sampai jenuh...Alhamdulillah.