Sunday, September 25, 2011

Cuti Hari Malaysia di Bukit Merah

Cuti Hari Malaysia baru ni jatuh pada hari Jumaat. Bersambung dengan Sabtu dan Ahad maka jadi 3 hari. 

Untuk menghabiskan masa jugak sempena Anniversary aku dan Nora yang ke 14 yang jatuh pada 13 September, aku pegi ke Bukit Merah Laketown Resort. Entry theme park ni untuk 4 orang RM 88.00. Seronok jugak ler lama dah tak masuk mandi-manda theme park ni.

Leceh sikit pasal pelampung dah abis, terpaksa pulak tunggu orang pulangkan dan kena berbaris dekat 15 minit. Apapun berbaloi tunggu sebab bebudak ni gembira sungguh dapat mengelongsor kat sini. Berkali kali depa dok ulang naik turun. 

Budak-budak ni ada request tambahan nak naik Skylift pulak....tapi memandangkan hujan dah mula nak turun, aku tunda aje untuk visit yang akan datang.

                                                 Makan lapik perut kat luar theme park ni


Untuk makan tengahari, kami makan kat gerai yang dinamakan "nasi ekonomi" kat dalam sini. Sedap jugak kari ikan dan masak kicap ayam dia tambahan pulak tengah lapar-lapar dan sejuk macam ni.

                          Sempat lagi buat cucur keria kat sini. Makan pulak bersama kopi o


Habis kat sini dah lewat petang kami terus ke Pondok di Bangan Serai. Dekat dah. Mak mertua aku dah siap rennovation pondok. Dah semakin luas dan selesa, macam rumah la pulak.

Balik ke Manjung ada lagi sambutan Anniversary ke 14 tu iaitu makan tengahari di Horizon Garden. Memang confirmlah lunch kat sini lebih sedap dari dinner (pastinya sebab tak ramai orang).

Tuesday, September 20, 2011

Rentetan Aidilfitri - Cameron Highland

Memandangkan raya jatuh hari Selasa, nak menghabiskan masa yang banyak tu....kami ke Cameron Highland. Emak aku pun pegi sekali. Raya-raya pun pegi Cameron Highland?? takpe janji sejuk dan nyaman. Lagi sekali stay kat Juliana Resort Berinchang satu malam.

Makan pagi kat Brinchang.....sedap jugak nasi lemak kat sini. Cuma yang termiss ialah makan Steambot dekat dengan hotel De La Fern kalau tak silap. Ramai jugak yang kata makan kat situ sedap....Lain kali datang boleh cuba makan kat sini pulak.

                             

Ladang kubis sebelah Juliana Resort


Kat beranda depan dan belakang resort






Jalan jalan sambil beli apa apa yang patut





Menarik kali ni, acara self plucking strawberry le. Sebelum ni banyak kali datang tak pernah pun self plucking. Seronok jugak rupanya petik sendiri ni. Budak budak ni dah pernah ajak dulu tapi selalunya macam tak cukup masa je.Walaupun harga 1.2 kilo - RM50 dan penat sebab kena naik turun tangga tinggi-tinggi tapi tetap rasa fun.


                                            



Lagi satu yang best minum teh kat Ladang Teh Bharat. Mantop sih dia punya teh......walaupun secawan teh harga $4.50. Sempat lagi mak aku beli teh kat sini. Kami punya stok masih ada lagi almaklumlah bulan 6 hari tu baru datang sini.

Salam Aidilfitri 2011

Lama betul tak update blog aku ni. Maklumlah bulan puasa mana ada mood nak update. Badan lembik macam kangkung. So sempena bulan syawal ni elok rasanya aku update sikit tentang Aidilfitri yang lepas.


 Masa beraya di rumah Kak Chik dan Abang Sudin raya ke 3. Macam macam ada.

Macam tahun-tahun yang lepas jugaklah persediaan kami sekeluarga sederhana je. Baju raya pun last minit baru pegi beli.....untungnya pilihan makin banyak dan harga makin diskaun terutama biskut raya.

Bakar bakar ketam dan ikan. Tak menang tangan...



Raya tahun ni aku solat sunat di Masjid Pengkalan Baru. Pak imam Mat Long siap menangis tu.. terharu kata dia.