Wednesday, July 28, 2010

Kenangan Terindah Part 3


Walaupun ada orang kata buat apa mengenang masa lalu, pandanglah ke hadapan...tapi bagi aku mengenang masa lalu adalah satu yang sangat menyeronokkan. Ianya membuka lembaran saat-saat bahagia yang telah dilalui.

Itulah zaman yang tidak perlu risau pasal segala macam masalah kehidupan, harga minyak atau kenaikan tol, tentang harga gula, kejatuhan matawang atau kad kredit dan hutang yang tak berbayar. Tambahan pula mana tahu bila aku sudah tiada lagi, anak anak aku boleh mengetahui sikit sebanyak tentang kehidupan ayah mereka pada masa lampau.
Semuanya kerana sama sekali tidak disangka kehidupan orang melayu akan berubah dengan begitu drastik hanya dalam masa 30 tahun sahaja……perubahan ini bukan saja merenggut cara hidup yang lazimnya sederhana dan tulus ikhlas malahan jugak nilai-nilai baik yang ada pada orang melayu sehingga wujudlah melayu baru…..yang aku tidak pasti lagi bagaimana kelakuannya...

Kampung aku Matang Kerian ni hampir kesemuanya adik beradik. Maka sebarang aktiviti biasanya dilakukan secara berkumpulan, termasuklah menekut burung wak-wak atau ruak-ruak ini. Macamana cara menekut burung itu? Alatan yang diperlukan ialah sejenis trompet yang diperbuat daripada buluh dan jala. Jala direntang di kawasan padang berdekatan hutan yang biasanya diketahui banyak burung wak-wak yang nak dijadikan mangsa ni. Siapa yang tak pernah tengok burung wak-wak ni, ianya agak kurus dan berkaki panjang.

Sungguhpun demikian, rasanya bila dibuat masak kicap atau goreng kunyit...mmmmphhhh...Maklumlah zaman tu nak makan ayam pun susah….special hanya bila nak raya atau bila teringin sangat nak makan barulah merasa makan ayam tu. Aktiviti ini dibuat biasanya pada sebelah malam sampai ke larut malam.

Biasanya hanya seorang yang akan menggunakan trompet buluh ni (rasanya Amir boleh tahu apa nama trompet ni) dengan meniupnya untuk menarik perhatian burung-burung. Toksu Cik Amat adalah antara pakar kami dalam meniup trompet ni. Burung wak-wak yang kurang pandai ni menyangkakan kawannya yang memanggil mereka….maka pakat ramai-ramailah depa menerpa ke arah bunyi tersebut lalu terperangkaplah di dalam jala yang telah direntang. Maka beramai-ramailah kami (aku cuma pernah tolong tangkap 2 ekor saja rasa-rasanya sebab kecik lagi) yang telah bersedia menangkap burung-burung tadi dan cepat-cepat dimasukkan ke dalam rajut atau guni. Kalau nasib baik sampai beratus-ratus ekor burung boleh dapat dalam semalaman. Esoknya makan sedaplah!!!.

Sekarang ni bila aku balik kampong, aku tengok banyaknya burung wak-wak merayau-rayau tak de sapa nak tangkap dia……..aku rasa populasinya sudah semakin besar kerana kami semua dah tak menekut burung lagi. Kalau ada peluang aku nak cerita pasal mencari kerang dan lokan pulak……ni pun aktiviti best jugak.

Sunday, July 25, 2010

Makan Petang @ Teluk Batik

Nabila dan komik
 
Nanti bila-bila kita pulak la yang naik 'banana' ni...hehhehe


Dah lama aku tak datang sini, agak-agak dalam setahun lebih ada rasanya, termasuk masa duduk KL. Bukan jauh pun dari rumah. Selalunya macam tulah. Ramai orang sanggup dari jauh datang ke sini, aku yang tepi rumah tak datang pun....

Teringat aku masa kat Carigali dulu ada sorang member dari Thailand tanya kat kami geng-geng Malaysia, pernahkah kami ni pergi tempat-tempat menarik di sini macam Taman Negara, Pulau Sipadan, Gunung Kinabalu dan lain-lain lagi. Tak boleh nak jawab dan segan pulak sebab kami memang tak pernah sampai pun tempat tu semua.

Sebelum pergi aku singgah pasar malam sebelah Giant untuk beli makanan. Dapatla kuetiaw sup, ayam goreng, kebab, mini murtabak dan popia. Nasib baik masa ni ada banyak angin kat tepi pantai. Yelah kalau nak duduk lama kena la ada banyak angin.....kalau tak sekejap aje mulalah aku rasa nak balik.

Macam biasa balun makan cukup-cukup dulu baru menikmati keindahan tepi pantai. Lagi pulak kat sini makanan terasa lebih sedap dari biasa. Kali ni cuma plan lepak-lepak aje.

Teluk Batik ni dah banyak berubah berbanding 3, 4 tahun dulu. Gerai-gerai makan semua dah dibina semula cantik-cantik. Sebelahnya dibuat macam dataran yang memanjang. Jadi takde can dah nak parking kereta dekat dengan pantai. Kena jalan lagi jauh ler baru sampai ke pantai.

Dah dekat nak Maghrib kami pun balik. Sempat lagi budak-budak ni singgah taman. Bila tengok depa dok main -main kat sini rasa macam anak-anak aku ni masih kecik aje lagi.

Nota pilu : Anak kucing yang kami pelihara sebelum ni dah lari dari rumah. Mana dia pergi entahle. Seingat aku tak de pulak aku mendera atau marah dia ke apa.

Monday, July 19, 2010

Patah Tumbuh, Hilang Berganti

Anak aku Nabila ni memang seorang yang pengasih dan mudah kesian pada haiwan. Sampai la satu masa dulu dia beria-ia memujuk aku untuk membenarkan dia membela apa-apa haiwan. Walaupun dalam hati aku ni sebenonye idakle berape gemor kate orang perak, tapi tak sampai hati la pulak...
Akhirnya binatang nilah yang menjadi peliharaan walaupun pilihan utamanya arnab spesis kecil, tapi masa tu tak ada dijual. Diberinya nama 'cici' kat hamster ni. Dekat dua tahun lebih jugak laa dia bela.

Nak jadi cerita dalam bulan lepas masa aku baru pindah, 'cici' ni pun mati. Innalillah..mungkin dia nak mati di kampung dia kot..Maka sedihla anak aku ni sampai nangis-nangis. Si Haikal yang bertugas menjadi penggali kubur dan menanam hamster ni di bawah pokok payung depan rumah aku.

Tak cukup tu, ditaburinya pulak dengan bunga-bungaan. Maka berkabungla satu hari tu..bila malam aku tengok mata dia mula bergenang teringatkan 'cici' dia, dan bila tengok kesedihan dia yang terlampau tu, aku pun berazam takkan bagi dia bela apa-apa lagi. 

Tapi itulah...tetiba aje ada benda turun dari langit.. Anak kucing yang jatuh dari syiling. Nabila cuba letak balik dekat ibu dia tapi ibu tu buat tak peduli aje sampai anak kucing tu bising tak berhenti.

Esok tu makanya aku pun terpaksala bagi Nabila ni bela pulak anak kucing yang manja tak tentu hala ni. Cadang untuk sementara waktu saja bagi dia besar sikit lepastu bolehla aku buang kat mana-mana kedai makan ke kalau takde aral melintang... Apa nak buat...

Thursday, July 15, 2010

Kerja Baru Tempat Lama Tapi Nampak Baru



Ni tempat kerja aku yang ke 6. Enam tahun lepas aku pernah kerja di sini tapi masa tu company ni kepunyaan PSC Group. Sekarang kepunyaan Boustead Group. Aku masuk bekerja pada 9 June 2010.

Suasana yang lebih segar. Kali ni keadaan dah banyak berubah setelah 5 tahun aku tinggalkan. Surau pun dah boleh digunakan untuk solat Jumaat, tak payah lagi nak solat di masjid luar macam dulu-dulu. Kantin pulak ada sampai 8 buah, baru dan meriah. Jenuh laa nak makan banyak pilihan..

Tapi yang sama kat sini pekerjanya la..kebanyakkannya orang lama, cuma beberapa orang saja member lama yang dah meninggalkan tempat ni.

Sejak masuk sini kerap la pulak aku kena outstation. Kalau ke KL tu biasanya tidur kat Hotel Coronade. Baru tadi aje aku baru balik dari Klang sebab witness "Fire Suppression System" untuk projek PV yang baru. Harap -harap projek tu cepat sikit, baru la sibuk.......sebab kalau aku tak sibuk, mulalah aku nak cari kerja lain sedangkan aku dah malas nak lompat-lompat kerja lagi.

Satu yang aku suka, pergi kerja 7.30 am pun sempat lagi sebab kat depan Gate Navy tu dah tak jam lagi macam dulu sebab kontraktor sekarang parking kat tepi pagar aje dan diangkut ke dalam dengan bas Boustead.

Keseluruhannya aku gembira dapat balik semula ke sini, semoga Allah kekalkan aku sampai pencen kat sini......itupun kalau dapat offer yang nak tolak pun rasa pening...hahaha

Saturday, July 3, 2010

Marina Waterpark

Gambar anak-anak mandi manda di Marina Waterpark pada 14 June masa cuti sekolah minggu baru-baru ni. Aku tak ada masa ni.
Kawasan kolam berpasir

Sedia untuk masuk ke dalam air..golekkk
 

Friday, July 2, 2010

Kenduri

Hari Sabtu 6 June lepas tiga hari pindah, aku balik Matang Kerian sempena kenduri anak Pakcik Hasan. Menu kenduri hari tu masak merah ayam, kari daging, acar ikan dan 2, 3 lagi menu yang aku tak ingat termasuk bubur kacang.

Pengantin
Sedara mara

Tuan rumah kenduri Puan Habsah

Tukang masak handalan

Di Pengkalan Baru, Jiha pun ada

Thursday, July 1, 2010

Pindah Rumah Lagi

Nasib laa belum masuk 7 kali aku pindah rumah. Orang dulu-dulu kata kalau sampai 7 kali mau papa kedana. Harap-harap tidak laa, haha.

Aku pindah hari Rabu. Amik lori sewa dari Manjung import mai ke sini untuk angkut barang. Nasib baik ada abang Chaq dan Hadi datang tolong. Risau jugak aku sebab nampak macam tak muat aje, bukan apa masa kat sini ada beberapa barang yang aku dah tambah, lori pulak yang sama. Adjust punya adjust akhirnya berjaya jugak laa bawa masuk semua barang. Alhamdulillah.. semua boleh angkut, selamat...

Dah dekat nak angkut barang pun mamat ni sempat lagi mengadap game

Hadi sampai dulu. Abang Chaq dengan gaya 'deras' nya..haha laju giler abang aku ni angkut barang

Pagi tu jugak baru nak bukak semua aircond

Kawan-kawan Nabila pun ada datang melawat, siap bagi hadiah macam-macam lagi.

Selesai angkat barang lori terus jalan dulu. Lewat sikit lepas settle dengan owner rumah tu aku pun terus gerak ke kampung. Bertolak laa kami dengan sorang satu kereta berteman sorang satu anak. Masa lori sampai di Manjung abang Nan dengan Joy siap-siap dah tunggu dulu. Aku pulak dekat jam 8 lebih baru sampai.

Maka seperti kapal pecah lah rumah aku ni selama seminggu lebih. Ada aku kesah?? Janji dapat balik Manjung yang indah permai ni....itu sudah buat aku amat-amat bersyukur.