Monday, May 31, 2010

Melbourne Day 3 - Menyusuri Great Ocean Road

25 May 2010 

Idea asal aku nak menyewa kereta biasa kat Prahran untuk ke Great Ocean Road. Tapi rupanya company kereta sewa kat sini memang songel, aku nak bayar cash tak boleh, debit card pun tak diterima. Dia cuma nak credit card. Kecewa jugak aku mulanya. Aku ingat tak de harapan dah nak ke Great Ocean Road ni.

Tapi di sinilah pertolongan Allah sampai dan doa dimakbulkan. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menyewa kereta kepunyaan Warden Malaysian Hall yang lebih murah, luas dan selesa. Kereta ini sebenarnya khas untuk disewa oleh student saja selama ini. Kalau dah rezeki, begitulah jadinya. Lesen tak jadi masalah sebab lesen Malaysia memang recognized di sini.

Perjalanan dari Melbourne hanya berpandukan Google Map sampailah ke Geelong yang merupakan pintu masuk ke Great Ocean Road. Sesekali aku bertanya arah. Apa yang pasti orang Australia ni memang friendly seperti yang aku baca dalam internet. Sanggup susah payah pergi ambil peta nak terangkan dekat aku.

 Kami memulakan perjalanan lebih kurang dalam pukul 11 pagi dari Malaysian Hall dan mula menyusuri Great Ocean Road dengan menaiki Toyota Tarago.

Laluan ke Great Ocean Road



Mat saleh ni memang baik hati

Dari Melbourne ke Geelong


Singgah beli french fries dan whipped potato di Torquay





Sepanjang perjalanan dari Geelong ke Port Campbell kami dihidangkan pemandangan persisiran pantai yang sungguh indah di sebelah kiri dan pepohonan serta ladang-ladang yang menghijau di sebelah kanan. Cantik sungguh ciptaan MU ya Allah.

Kami singgah di tepian pantai Lorne. Sungguh indah tepian pantai Lorne ini dengan rumput yang menghijau dan pantai yang putih bersih...........tapi ada sikit sejuk bila kena tiup angin.

 Singgah di taman tepi pantai Lorne












Perjalanan diteruskan sehingga melintasi Appolo Bay. Agak terkilan sebab tak sempat nak singgah di sini kerana mengejar destinasi Port Campbell sebelum malam tiba. Risau jugak kalau-kalau terpaksa menempuh kegelapan laluan Apollo Bay - Princetown - Port Campbell ni yang merupakan hutan dan bukit bukau. Masa agak suntuk sebab jam 5.30pm waktu sana pulak dah gelap.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam lebih sehinggalah tiba di tempat penginapan di Port Campbell. 

Sampai aje di Port Campbell kami check in di Summer's Rest. Mula-mula cadang nak ambil single room saja, sekali tuan punya yang berbangsa cina tu tunjukkan cabin 2 bilik yang lebih elok dan lengkap dengan dapur. Terus kami ambil dan tambah lagi 20 dollar sahaja.

Lepas letak barang, terus pulak ke pekan kecil Port Campbell, beli barang untuk makan malam. Sedapnya aku makan malam sambal telur campur udang kering, ikan masak stim dan tomyam campur. Apalagi tidur nyenyak laa sampai ke pagi..





Katil untuk 2 beradik

Brahim's .....sambal telur campur udang kering

Licin

Sunday, May 30, 2010

Melbourne Day 2 - Federation Square and Yarra River

Bangun pagi pagi kami ke kedai runcit berhampiran untuk membeli bahan untuk sarapan. Roti dan telur aje. Lepas sarapan kami jalan jalan kejap sebab kedai yang yang jual tiket harian tram belum bukak lagi.

Bila kedai tu dah buka segera aku beli tiket harian untuk kami sekeluarga. Sorang dewasa AUD 7 boleh pergi ke mana saja. Tapi kena validate tiket dulu, kalau tak kena saman.










Kami turun di Federation Square yang jadi landmark kat sini. Kira macam dataran merdeka orang Aussie la. Menarik dan unik juga rekabentuk bangunan di sini. Kami menghabiskan masa di sekitar kawasan Federation Square ini termasuk Yarra River, Federation Building dan taman mainan.


 Yarra River....keruh aje pun







 Rehat kejap dalam Federation Building ni...lenguh kaki aku




 Seronok depa dapat beli ice blended.....boleh campur perisa sesuka hati

 Kat belakang tu ada rombongan budak sekolah


 Federation Building